I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, February 19, 2011

Spesis Baru Ikan Kerapu

Bintuka,19.02.2011 - Hari ini trip memancing bermula dari perairan Weston, Sipitang menuju ke Bintuka. Rombongan kami bertolak kira-kira jam 6.00 pagi dari pengakalan Sungai Padas di Kg. Suasa, Beaufort. Menuju ke muara sungai padas-weston menggunakan Enjin 15HP Yamaha dengan dua buah bot.



Sebelum kami meneruskan aktiviti memancing, kami mencari umpan hidup di muara sungai dengan memasang pukat udang atau pukat karen bagi panggilan orang kampong. Kami juga mencuba rambat. 
Walaubagaimanapun keadaan air yang agak kabut hanya dapat menangkap beberapa ekor udang kertas sahaja. Untuk mendapatkan umpan  yang mencukupi pada hari itu kami membeli daripada nelayan yang turut berada di kawasan tersebut yang sedang memukat.

Rombongan kami kemudian meneruskan perjalanan ke muara Sungai Monkuduan kira-kira jam 8.00 pagi dan meneruskan aktiviti kami sepanjang hari sehingga jam 2.00 petang di kawasan tersebut.






Antara  hasil tangkapan dan seekor spesis baru Ikan Kerapu yang ditangkap pada hari itu. Tidak pasti apa jenis ikan kerapu ini harap para pembaca dapat beri komen.

Semasa perjalanan pulang kami meninjau lokasi baru untuk trip memancing akan datang...Berjumpa lagi di ruangan trip memancing akan datang.

Photo: By DG-Pancing menggunakan Sonny Erickson Xperia X10i

Saturday, February 12, 2011

KANAI LAGI..

BINTUKA, 12.02.2011 - Trip memancing di Bintuka, Beaufort sekali lagi memberi tuah kepada rakan saya memancing iaitu Pak Lah atau nama sebenar Abdullah Alias..Ikan Kanai  yang jarang-jarang pemancing dapat dilokasi ini, berjaya dinaikkan oleh beliau iaitu seberat 4.5kg kira-kira jam 11:30 pagi. Sebelum itu joran rakan memancing patah dan gagal menaikkan seekor ikan yang agak besar dilokasi yang sama dan belum sempat mengetahui jenis ikan..

Beberapa minggu yang lalu semasa saya turun memancing di lokasi yang sama, joran saya juga patah. Kami juga berjaya menaikkan seekor Ikan kanai, seberat 4 kg, seekor Ikan selunsung 1.5 kg dan ikan kurau 1.6kg dan yang lain Ikan Kerapu, Ikan Putih.

Pak Lah...

4.5 kg

Sunday, December 19, 2010

Peristiwa Trip Memancing

Trip memancing di Bintuka hari ini tidaklah mengecewakan.
-Tangkapan Pertama menggunakan Teknik Umpan Palsu (Casting).
Namun keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kami menamatkan aktiviti kami pada jam 3.00 Petang dan segera kembali ke pengkalan jeti ketua kampong Bintuka.
Sebaik saja kami siap mengemaskan peralatan memancing hujan lebat turun dengan lebatnya diikuti dengan angin kencang.

Kami berasa lega kerana dapat mengelak dari hujan lebat dan angin.
Tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila perjalanan pulang tergendala hampir 4 jam apabila berpuluh-puluh pokok besar tumbang dan melintang di jalanraya bermula selepas Kg. Padas Damit. Kami terpaksa bertandang di rumah rakan kami di Kg Padas Damit untuk menunggu pokok besar dibersihkan oleh orang kampong.
Bekalan elektrik juga terputus bekalan disekitar kampong berkenaan akibat talian elektrik terkena pokok yang tumbang. Dimaklumkan oleh penduduk tempatan terdapat juga sekurang-kurangnya dua buah rumah telah diterbangkan atap oleh angin kencang. Semasa kami melepasi halangan kira-kira jam 7.30 Petang hujan masih lagi turun dan bekalan elektrik belum dipulihkan.
Pihak Bomba & Penyelamat serta Polis juga kelihatan berada dalam lokasi berkenaan.
-DG

Friday, December 17, 2010

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...