I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, December 19, 2010

Peristiwa Trip Memancing

Trip memancing di Bintuka hari ini tidaklah mengecewakan.
-Tangkapan Pertama menggunakan Teknik Umpan Palsu (Casting).
Namun keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kami menamatkan aktiviti kami pada jam 3.00 Petang dan segera kembali ke pengkalan jeti ketua kampong Bintuka.
Sebaik saja kami siap mengemaskan peralatan memancing hujan lebat turun dengan lebatnya diikuti dengan angin kencang.

Kami berasa lega kerana dapat mengelak dari hujan lebat dan angin.
Tetapi nasib tidak menyebelahi kami apabila perjalanan pulang tergendala hampir 4 jam apabila berpuluh-puluh pokok besar tumbang dan melintang di jalanraya bermula selepas Kg. Padas Damit. Kami terpaksa bertandang di rumah rakan kami di Kg Padas Damit untuk menunggu pokok besar dibersihkan oleh orang kampong.
Bekalan elektrik juga terputus bekalan disekitar kampong berkenaan akibat talian elektrik terkena pokok yang tumbang. Dimaklumkan oleh penduduk tempatan terdapat juga sekurang-kurangnya dua buah rumah telah diterbangkan atap oleh angin kencang. Semasa kami melepasi halangan kira-kira jam 7.30 Petang hujan masih lagi turun dan bekalan elektrik belum dipulihkan.
Pihak Bomba & Penyelamat serta Polis juga kelihatan berada dalam lokasi berkenaan.
-DG

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...